Ubi gan ti nasi

Kita penduduk malaysia di saran kembali memakan ubi dan hanya memakan segenggam nasi je sehari. Langkah ini memang baik untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita. Sesetengah muda mudi jadi terkejut bila ada saranan demikian, depa lupa dan tak tahu sejarah bahawa datuk nenek kita sebelum merdeka ubi sahajalah makanan mereka seharian.

Ubi juga baik seperti nasi membekal karbohidrat kepada tubuh untuk keperluan tenaga. So barulah ada power. Nasi elok kita kurangkan kerana punca utama kencing manis penduduk di malaysia. Tuan-puan di galakkan menanam ubi. Kemudian apabila sudah berhasil, rebus dan makan bercicah gula merah atau kelapa parut bersulamkan kopi-o selepas asar di beranda rumah. Beginilah kehidupan datuk nenek kita di zaman penjejahan tentera jepun dahulu. Sejarah keidupan dahulukala akan berulang kembali.

Sekarang dunia telah kembali kebelakang dan hari penghabisan sudah menghampiri kita. Semestinya kita perlu bersedia dengan amal ibadah yang iklas moga ia menjadi kebajikan kepada kita di hari pembalasan kelak.

Begitu juga pertanian natural farming di mana air basuhan beras, ikan di siram kepada tanaman yang telah di amal oleh datuk nenek kita sejak dulu lagi. Cuma sekarang ia agak maju bila ada penyelidikan dan mengetahui makhluk seni kurniaan tuhan amat berfaedah dan saling berkaitan antara satu sama lain termasuk kita yang berakal ini. Semulia-mulia makluk di sisi tuhan kerana di bekal akan fikiran.

Oleh yang demikian adalah bijak jika pada hari ini setiap keluarga ada bercucuk tanam walaupun sekangkang kera di tepi atau belakang rumah. Sekurang2nya bila kita bercucuk tanam kita telah membuat kebajikan kepada tanah dan daripada tanah tanaman kita mengeluarkan hasil. Ini juga petanda bahawa kita amat mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan, alhamdulillah.

Saranan penulis agar semua yang ingin bercucuk tanam pastikan mengamalkan (www:petanimesraalam.com) kaedah mesra alam, kita harus selamatkan segala makluk tuhan di muka bumi demi keharmonian dan tanda syukur kita kepada Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: