Kitaran Hidup Makhluk Alam Semesta

Petani mesra alam adalah mereka yang mengamal aktiviti pertanian tanpa menggunakan racun kimia atau bahan kimia sintetik untuk meningkatkan hasil pengeluaran tanaman mereka. Cenderung kepada hasil seadanya yang di pengaruhi cuaca semulajadi. Langkah terbaik menjamin kesuburan tanaman dengan menggunakan kompos atau bahan-bahan sisa buangan tanaman di kitar semula hingga reput untuk membekal zat makanan kepada akar tumbuhan.

Kompos yang baik mengandungi mikrob organisma berfaedah yang boleh menyumbang kepada penghasilan zat-zat makanan tumbuhan iaitu nutrien yang mengandungi unsur N, P atau K dan unsur-unsur pekit yang lain. Mikrob-mikrob ini tidak merbahaya kepada tanaman ataupun manusia malah ia menyumbang kepada tanaman dengan mengawal patogen atau nematod yang merosakkan akar tumbuhan mengakibatkan akar kehilangan fungsi menyerap nutrien dari tanah.

Melalui kaedah natural farming mikrob-mikrob berfaedah ini di pungut dengan menggunakan nasi yang di letakkan di bawah pohon buluh, selang beberapa hari nasi tadi di seliputi miselia atau kulat atau mikrob ini dikatakan berfaedah kepada tanaman. Kemudiannya populasi mikrob ini di tingkatkan dengan menggaul dedak beras serta di simpan selama seminggu. Dalam proses peragian atau fermentasi ini suhu akan meningkat dan mikrob membiak dengan cepat dan aktif. Seterusnya ia di campur dengan tanah bagi menggalakkan aktiviti mikroorganisma berlipat ganda. ianya juga di panggil IMO.

IMO ini akan di tabur berlapis-lapis dengan sisa tanaman yang hendak di buat kompos tadi. Selang beberapa minggu sisa tanaman akan mereput kesan daripada aktiviti mikrob tadi dan ia sesuai di gunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah.

Beginilah aktiviti petani mesra alam seluruh dunia melakukannya untuk membekalkan zat-zat pemakanan tumbuhan melalui kompos IMO.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: