Prestasi Am Pertumbuhan Tanaman

Kekurangan Air

Daun bewarna pudar dan berkeadaan layu. Warna kehijauan semakin hilang dan pertumbuhan pokok terencat. Bunga dan putik buah gugur. Jika kekurangan air berterusan daun bertukar warna menjadi perang dan gugur, akhirnya mati.

Untuk mengatasi masalah ini gunakan bahan organik, sediakan sistem pengairan, buat sungkupan dan elakkan menanam pada kawasan terlalu curam.

Berlebihan Air

Pembentukan akar terencat kerana kekurangan udara dalam tanah. sistem akar hanya di permukaan tanah sahaja dan akar rerambut mati. daun kekuningan dan pertumbuhan terbantut. pastikan saliran baik dan mengelakkan menanam di kawasan rendah yang mudah ditenggelami air.

kekurangan nutrien makro

Nutrien makro bagi pokok adalah nitrogen, posfat, kalsium, magnesium dan sulfur. kekurangan nitrogen menyebabkan pokok terbantut dan kekuningan. kekurangan kalium menyebabkan pokok tidak tahan penyakit dan tepi daun melecur serta menjejaskan pembungaan dan pembentukan buah. kekurangan posfat membantutkan pertumbuhan pokok dan akar. kekurangan kalsiun menyebabkan pertumbuhan pucuk terbantut dan akhirnya mati.kekurangan magnesium diketahui dengan tanda-tanda klorosis di antara urat-urat daun. kekurangan sulfur menunjukkan masalah yang serupa seperti nitrogen, walau bagaimanapun simptom kekurangan bermula dari daun muda. untuk mengatasinya pastikan pembajaan dan penggunaan bahan organik mencukupi.

Kekurangan Nutrien mikro

Kelihatan kekuningan antara urat daun dan melecur, unsur mikro yang paling penting ialah mangan, besi, molidum dan boron. untuk mengelakkan kekurangan pastikan pembajaan dan penggunaan bahan-bahan organik mencukupi.

kekurangan bahan organik

Tanah yang baik mempunyai bahan organik yang mencukupi. bahan organik yang sesuai akan membaiki pengudaraan dan penyimpanan air serta nutrien tanah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: