Diagnostik Tanaman

Kacang Panjang

Ialah satu proses untuk mengenalpasti punca atau penyebab kepada sesuatu masalah tanaman.
Umpamanya tumbuhan kekuningan dan kelayuan maka punca penyebab gejala penyakit ini perlu diselidiki supaya tindakan dapat dilaksana.

Tujuan Diagnostik Tanaman
Untuk mengambil sesuatu tindakan menghapus punca atau penyebab kepada masalah tanaman supaya masalah tersebut dapat diatasi. Tindakan yang perlu diambil adalah seperti menghapus, mengawal, mengubahsuai keadaan dan sebagainya.
Dengan diagnostik yang betul kita dapat mengatasi masalah tanaman dengan lebih efisyen tanpa pembaziran masa, bahan atau tenaga kerja kerana input-input adalah terhad dan mahal.

Diagnostik
Pemeriksaan di ladang
Pemerhatian di makmal
– pemeliharaan dan identifikasi
– biokimia dengan Elisa kit
DNA
Bilog
Diagnostik di ladang dapat menentukan punca masalah di peringkat serangan kulat, serangga hama atau keadaan lain manakala diagnostik di makmal dapat menentukan spesis perosak atau keadaan sebenar masalah pokok seperti kekurangan elemen Magnesium atau fitotoksik racun atau hormon.
Tanda – tanda Diagnostik
Simptom seperti bintik, nekrotik , gall klorotik bantut atau kehilangan warna .
Tanda pemakanan seperti berlubang,lubang pada batang, pelombong.
Terdapat ulat ,serangga atau bahagian organisma pada pokok serta keluaran najis pada lubang.
Terdapat spora atau maiselia pada tanda serangan pada pokok contoh skerotia menunjuk kehadiran Rhizoctonia solani.
Pengeluaran ooze dari pokok yang mengalami stress menunjuk kehadiran bakteria Pseudomonas solanacearum.

Tanda-tanda Yang Boleh Diguna Untuk diagnos
Semua bahagian pokok yang mengalami masalah menunjuk tanda sakit yang boleh diguna sebagai diagnostik. Sehubungan dengan itu adalah wajar semua bahagian pokok diteliti semasa melaksanakan diagnostik.
Kebiasaannya tumbuhan yang mengalami masalah makanan yang tidak sempurna atau keadaan cuaca yang tidak sesuai akan menyebabkan keseluruhan kawasan tanaman mengalami masalah yang sama. Ini bermakna ianya serata. Jangkitan penyakit atau organisma tidak menyebabkan keseluruhan kawasan tetapi mengikut perdu atau bahagian tertentu.
Masalah jangkitan kulat seperti tanda bintik atau klorotik atau hawar akan menunjuk bahagian tisu telah mati dan bahgian yang sedang merebak. Serangan nematode menyebabkan bintik atau gall pada bahagian akar manakala serangga perosak menyebabkan berlubang,pemotongan atau seperti bersarang. Disamping itu serangga penghisap menyebabkan tanda seperti daun hilang warna,kuncup,kerinting dan sebagainya. Ada juga yang menyebabkan gall pada daun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: