KEMPEN BUMI HIJAU

BENIH 

Kempen Bumi Hijau

LATAR BELAKANG
1. Kempen Buku Hijau (Amalan Bercucuk Tanam) telah dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Oktober 2005.
2. Matlamat utama program ini ialah untuk menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan sendiri bahan makanan harian.
3. Langkah ini diharap dapat membendung impak kenaikan harga barangan makanan serta meringankan beban kewangan kesan kenaikan harga minyak.
KONSEP PELAKSANAAN
• Kempen Buku Hijau terdiri dari 3 komponen iaitu Tanaman (Bercucuk tanam) , Ternakan dan Akuakultur.
• Amalan bercucuk tanam berkonsepkan kitchen garden atau edible landscape melibatkan tanaman yang bersesuaian untuk keperluan keluarga.
• Jenis tanaman terdiri dari sayur-sayuran, buah-buahan, herba dan ulam-ulaman.
• Komponen Ternakan melibatkan aktiviti memelihara ayam kampung.
Akuakultur pula melibatkan aktiviti ternakan ikan keli dan tilapia dalam tangki kanvas
serta pelepasan benih ikan dalam kawasan pengairan umum.

PENDEKATAN
• Penanaman sayur/herba/buah-buahan di kawasan rumah secara individu
• Penanaman sayur/herba/buah-buahan di kawasan taman/perumahan secara komuniti
o Jenis sayur, ulam-ulaman dan herba yang disyorkan adalah seperti:
Sayur daun : Kangkung, bayam, sawi dan daun bawang
Sayur buah : Terung, timun, kacang botor, bendi, tomato dan cili api
Ulam-ulaman : Ulam raja, pegaga, selom dan tenggek burung
Herba : Kunyit, daun kari, serai, pandan, lengkuas dan kantan
Buah : Limau kasturi, limau nipis dan limau purut

• Pelepasan ikan air tawar di pengairan awam
• Ternakan ikan air tawar dalam kanvas di kawasan sesuai
• Ternakan ayam/burung puyuh secara kurungan di kawasan sesuai

pertanyaan e-mail kepada
Email – knfa82003@yahoo.com

<Jenis Sayur / Tempoh Matang

1. Sawi  / 21 hari  
2. Bayam  / 22 hari
3. Kangkung / 20 hari
4. Kailan / 60 hari
5. Cili kulai / 120 hari
6. Tomato / 115 hari
7. Terung  / 120 hari
8. Timun / 28 hari
9. Kacang panjang  / 35 hari
10. Bendi  / 120 hari
11. Kobis / 90 hari
12. Bunga kobis / 120 hari

Benih berkualiti di jamin tumbuh boleh di semai didalam pasu atau kotak tanaman.
Tanam sayur guna sendiri, jimat cermat bina ekonomi!

Hantarkan pertanyaan anda sekarang,
• Nama anda
• Tarikh
• Alamat surat menyurat
• Alamat E-Mail anda
• Nombor telefon
>“JADIKAN AKTIVITI BERCUCUK TANAM SEBAGAI RIADAH”


!!

DEMI KEBAIKAN KESIHATAN ANDA.. SELAMAT MAJU JAYA

2 Responses so far »

  1. 1

    Kamal Khalid said,

    Saya ingin mengetahu cara menternak ikan keli dalam kanvas. Apakah peralatan dan kelengkapan perlu ada.

  2. 2

    Budi said,

    saya ingin tahu kadar pembajaan bendi. berapakan jumlah NPK yang diperlukan bendi untuk membesar.


Comment RSS · TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: