Pertanian bandar

Aktiviti bercucuk-tanam yang bersesuaian di bandar-bandar dalam pertanian merangkumi beberapa kaedah. Antaranya fertigasi, hidroponik dan dalam bekas-bekas tanaman spt pasu-pasu bungaan. Dan yang paling menguntungkan seandainya tanaman menjadi ialah kaedah fertigasi. Namun kaedah ini berlawanan dengan kaedah mesra alam di mana bahan-bahan kimia di perlukan untuk mengatur pertumbuhan tanaman samada untuk tumbesaran ataupun dari segi kawalan serangga.

Sebagai petani mesra alam, bahan2 kimia adalah tidak di gunakan langsung. Petani-petani mesra alam seharusnya redha dengan pertumbuhan semulajadi tanaman dengan tambahan bahan-bahan organik yang telah melalui proses pereputan. Manakala kawalan serangga adalah menggunakan ekstrak ubi-ubian atau ekstrak tanaman itu sendiri. Di mana cara paling mudah mengawal serangga adalah dengan menumbuk beberapa ulas bawang putih kemudian direndam didalam air beberapa ketika dan semburkan kepada tanaman tersebut. Insyaallah serangga perosak akan lari.

Kaedah kawalan serangga ini adalah lebih kepada menghalau tidak membunuh perosak tersebut. Petani mesra alam adalah petani yang mesra kepada semua hidupan di alam maya ini. Sekian.

Comments (1) »

Kempen Bumi Hijau Kembali Lagi….

Selangkah kehadapan selamat bercucuk tanam gantikan dengan berjoging di taman2 awam, bersenam cara menyangkul lebih menyegarkan anda, amalkan pertanian mesra alam…pasti besar manfaatnya.

Sebaiknya usahakan tanaman anda hingga ke tahap sara-diri dan keluarga.

Leave a comment »

Ubi gan ti nasi

Kita penduduk malaysia di saran kembali memakan ubi dan hanya memakan segenggam nasi je sehari. Langkah ini memang baik untuk meningkatkan kualiti kesihatan kita. Sesetengah muda mudi jadi terkejut bila ada saranan demikian, depa lupa dan tak tahu sejarah bahawa datuk nenek kita sebelum merdeka ubi sahajalah makanan mereka seharian.

Ubi juga baik seperti nasi membekal karbohidrat kepada tubuh untuk keperluan tenaga. So barulah ada power. Nasi elok kita kurangkan kerana punca utama kencing manis penduduk di malaysia. Tuan-puan di galakkan menanam ubi. Kemudian apabila sudah berhasil, rebus dan makan bercicah gula merah atau kelapa parut bersulamkan kopi-o selepas asar di beranda rumah. Beginilah kehidupan datuk nenek kita di zaman penjejahan tentera jepun dahulu. Sejarah keidupan dahulukala akan berulang kembali.

Sekarang dunia telah kembali kebelakang dan hari penghabisan sudah menghampiri kita. Semestinya kita perlu bersedia dengan amal ibadah yang iklas moga ia menjadi kebajikan kepada kita di hari pembalasan kelak.

Begitu juga pertanian natural farming di mana air basuhan beras, ikan di siram kepada tanaman yang telah di amal oleh datuk nenek kita sejak dulu lagi. Cuma sekarang ia agak maju bila ada penyelidikan dan mengetahui makhluk seni kurniaan tuhan amat berfaedah dan saling berkaitan antara satu sama lain termasuk kita yang berakal ini. Semulia-mulia makluk di sisi tuhan kerana di bekal akan fikiran.

Oleh yang demikian adalah bijak jika pada hari ini setiap keluarga ada bercucuk tanam walaupun sekangkang kera di tepi atau belakang rumah. Sekurang2nya bila kita bercucuk tanam kita telah membuat kebajikan kepada tanah dan daripada tanah tanaman kita mengeluarkan hasil. Ini juga petanda bahawa kita amat mensyukuri nikmat kurniaan Tuhan, alhamdulillah.

Saranan penulis agar semua yang ingin bercucuk tanam pastikan mengamalkan (www:petanimesraalam.com) kaedah mesra alam, kita harus selamatkan segala makluk tuhan di muka bumi demi keharmonian dan tanda syukur kita kepada Allah.

Leave a comment »

buah mata naga, vanilla, cendawan, ikan keli & selepas ini ……?

Leave a comment »

PERTANIAN MASA HADAPAN

Ialah petani yang mengerjakan pertanian mesra alam..

Leave a comment »

PUSINGAN ALAM

Bencana alam luar biasa meningalkan kesan kepada penghuninya, tumbuh-tumbuhan tidak menjadi, di China ribut salji melanda sblm thn baru cina menjejaskan hasil pertanian, banjir di india mrosakkan tanaman padi, meningkatnya permintaan bahan makanan tetapi pengeluran berkurangan menyebabkan harga bahan makanan naik.

Fenomena alam selari kepada ketamadunan dunia sementara

Leave a comment »

Kitaran Hidup Makhluk Alam Semesta

Petani mesra alam adalah mereka yang mengamal aktiviti pertanian tanpa menggunakan racun kimia atau bahan kimia sintetik untuk meningkatkan hasil pengeluaran tanaman mereka. Cenderung kepada hasil seadanya yang di pengaruhi cuaca semulajadi. Langkah terbaik menjamin kesuburan tanaman dengan menggunakan kompos atau bahan-bahan sisa buangan tanaman di kitar semula hingga reput untuk membekal zat makanan kepada akar tumbuhan.

Kompos yang baik mengandungi mikrob organisma berfaedah yang boleh menyumbang kepada penghasilan zat-zat makanan tumbuhan iaitu nutrien yang mengandungi unsur N, P atau K dan unsur-unsur pekit yang lain. Mikrob-mikrob ini tidak merbahaya kepada tanaman ataupun manusia malah ia menyumbang kepada tanaman dengan mengawal patogen atau nematod yang merosakkan akar tumbuhan mengakibatkan akar kehilangan fungsi menyerap nutrien dari tanah.

Melalui kaedah natural farming mikrob-mikrob berfaedah ini di pungut dengan menggunakan nasi yang di letakkan di bawah pohon buluh, selang beberapa hari nasi tadi di seliputi miselia atau kulat atau mikrob ini dikatakan berfaedah kepada tanaman. Kemudiannya populasi mikrob ini di tingkatkan dengan menggaul dedak beras serta di simpan selama seminggu. Dalam proses peragian atau fermentasi ini suhu akan meningkat dan mikrob membiak dengan cepat dan aktif. Seterusnya ia di campur dengan tanah bagi menggalakkan aktiviti mikroorganisma berlipat ganda. ianya juga di panggil IMO.

IMO ini akan di tabur berlapis-lapis dengan sisa tanaman yang hendak di buat kompos tadi. Selang beberapa minggu sisa tanaman akan mereput kesan daripada aktiviti mikrob tadi dan ia sesuai di gunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah.

Beginilah aktiviti petani mesra alam seluruh dunia melakukannya untuk membekalkan zat-zat pemakanan tumbuhan melalui kompos IMO.

Leave a comment »