Archive for Pertanian Am

woksyop Pembangunan Industri Herba Dan Bioteknologi

Terbuka kepada semua, Yuran penyertaan rm 150.00 termasuk sijil, nota dan jamuan makan.

Industri herba dan biotek telah dikenalpasti sebagai industri yg sangat berpotensi di majukan dalam abad ke-21, Malaysia mempunyai khazanah hutan tropika tertua dan mempunyai biodiversiti yg ke-4 terbesar di Asia boleh dijadikan sebagai pemangkin kemajuan industri herba dan bioteknologi demi masa depan generasi akan datang.

Objektif
1.peserta akan mendapat pengetahuan asas mengenai industri herba
2.ilmu pengetahuan mengenai industri ini peringkat global dan tempatan
3.meninjau peluang dan manfaat industri ini
4.mengetahui program pembangunan biousahawan oleh CEPP-UTM dan agensi lain.

tarikh :10 september 2007
tempat: UTM City Campus, Kuala Lumpur

Leave a comment »

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK

PENULIS MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEMOGA BULAN YANG PENUH BARAKAH INI DI RAHMATI ILLAHI

Leave a comment »

AKUAKULTUR-TERNAKAN KELI SAINGAN KEPADA TiLAPIA

Keli haiwan eksotik sangat mudah di ternak dan sangat di minati sebilangan penggemar. Negara-negara Arab kurang meminati keli kerana haiwan ini tidak bersisik. Berwarna kelabu kehitaman, berbadan licin sukar di pegang dan ridip yang bersengat. Bagi mendalami ilmu menternak ikan keli tuan/puan di jemput menghadiri kursus ternakan keli bersama Cikgu Leq yang telah sepuluh tahun mengusahakan keli & kolam pancing air tawar.

Beliau akan menunjuk ajar dari pembiakan ikan keli hingga kepada penjagaan serta pemasaran. Kursus ’hands on’ ternakan keli ini di rangka selama 3 hari 2 malam bertujuan peserta sendiri akan melakukan aktiviti memilih induk serta menyuntik induk betina untuk pengeluaran telur dan induk jantan. Maka selepas 2hari di senyawakan anak-anak keli akan menetas dan perlu di beri makan mikroborganisma yang di sediakan sendiri oleh peserta.

Selanjutnya peserta akan di tunjuk ajar cara menyediakan kolam yang sesuai dengan bilangan keli yang sesuai di lepaskan. Pembersihan lumpur, pengapuran dan paras air yang sinonim dengan saiz keli.

Kursus ini amat sesuai kepada yang benar-benar berminat. Kos tempat tinggal, makan minum di tanggung dengan bayaran RM 600.00/peserta. Hanya 6 orang sesuai untuk satu sesi. Berminat sila email kepada kppcns@yahoo.com.my

Leave a comment »

Bioteknologi

Teknologi yang berasas kepada biologi iaitu penggunaan oganisma hidup seperti enzim, gen untuk menghasilkan produk bernilai atau yang boleh meningkatkan kualiti kehidupan manusia. Satu bidang teknologi yang melibatkan pelbagai bidang termasuk mikrobiologi, biokimia, penapaian, kejuruteraan genetik (GMO) dan biologi molekul. (Petikan dari Seminar Cendawan di UM, Inst.Sains Biologi UM.

Bioteknologi cendawan, hasil2 buangan industri pertanian, habuk kayu, jerami padi, kertas dll, kultur cendawan akan membentuk misalium dan menjana buah ia itu cendawan. Bioremediasi kepada farmaseutikal dan nutriseutikal.

Leave a comment »

Pokok Penangkis Serangga Perosak

Menghalau serangga dengan tanaman amat sesuai bagi ladang organik. Seperti serai wangi mengandungi ‘allelo chemical’ yang mengeluarkan bauan yang tidak di sukai oleh serangga perosak seperti lalat buah.

Tanam serai wangi sekeliling ladang anda, selepas enam bulan ia akan menyubur. Pada sebelah petang cantas daun-daun serai wangi tersebut dan ia akan mengeluarkan bau seperti minyak geliga. Ramas-ramas daun tersebut dan serakkan di bawah tanaman anda untuk di jadikan sungkupan. Insyaallah serangga akan menghindari tanaman kesukaan anda.  

Leave a comment »

PERLADANGAN ORGANIK

u    Satu sistem pengurusan yang:             (a) elak dari penggunaan bahan sintetik (baja         dan racun perosak);            (b) melindungi alam sekitar dan memelihara         biodiversiti;             (c) mengutamakan pengitaraan semula bahan         buangan organik setempat;            (d) mengutamakan penggunaan kompos dan baja         organik (meningkatkan kesuburan tanah);            (e) amalan kawalan kultura dan biologi untuk           menangani masalah perosak dan rumpai  

FAEDAH-FAEDAH  PERLADANGAN ORGANIK

u    Peningkatan kepelbagaian biologi dalam sistem; u    Peningkatan aktiviti biologi dalam tanah; u    Mengekalkan kesuburan tanah; u    Pengitaraan bahan buangan organik setempat dan digunakan semula sebagai input baja;                                     u    Menghasilkan produk pertanian yang bebas daripada sisa-sisa keracunan; u    Mengelakkan masalah keracunan dikalangan pengusaha dan pekerja-pekerja (ladang organik); u    Mengelakkan daripada masalah pencemaran alam sekitar_    PERTANIAN MESRA ALAM  SKIM ORGANIK MALAYSIA  (SOM)Satu program persijilan untuk mengiktiraf pemilik ladang yang mengusahakan tanaman ladang mengikut keperluan-keperluan yang ditetapkan dalam piawaian organik negara (MS 1529:2001): The production, processing, labelling and marketing of plant-based organically produced foods 

FAEDAH-FAEDAH SOM

u    Kepada Pengeluar            - hasil boleh dilabelkan sebagai organik dan berhak menggunakan logo SOM diatas produk            - boleh dipasarkan sebagai produk organik dengan harga yang setimpal u    Kepada Pengguna            - mendapat keyakinan bahawa produk yang dibeli adalah benar-benar organik            - tidak mengandungi sisa-sisa kimia yang tidak diingini u    Kepada Alam Sekitar            - mesra alam sekitar; u    Kepada Pengusaha dan Pekerja       Mengurangkan kes-kes keracunan dikalangan pengusaha dan pekerja  

PEMVERIFIKASI  AMALAN LADANG SOM

u    Tiada NAJIS manusia atau khinzir digunakan; u    Tiada hormon atau penggalak pertumbuhan sintetik digunakan; u    Mengambil langkah-langkah fizikal, mekanikal dan biologi untuk mengawal perosak dan penyakit   u    Jentera dan peralatan pertanian dibersihkan seelok-eloknya sebelum menggunakannya; u    Mengambil langkah-langkah untuk memelihara organisma-organisma berfaedah diladang; u    Mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan campur aduk produk organik dengan bukan organik  u    Pekerja mengamalkan kebersihan diri semasa pengutipan hasil dan aktiviti-aktiviti pasca tuai; u    Premis untuk aktiviti pasca tuai dan segala kemudahan serta peralatan didalamnya adalah dalam keadaan bersih; u    Kuantiti pengeluaran adalah sama banyak dengan saiz petak; u    Kuantiti jualan adalah sama banyak dengan pengeluaran hasil;  u    Menggunakan air yang tidak tercemar untuk membersihkan hasil ladang; u    Pembungkusan hasil adalah bersih dan diperbuat dari bahan yang tidak boleh mencemari produk; u    Mengambil langkah-langkah untuk mengelak perosak dari memasuki tempat penyimpanan;  u    Pengusaha dan pekerja mempunyai pengetahuan baik mengenai perladangan organik.  

ZON PEMISAHAN (BUFFER ZONE)

u    Diwujudkan untuk mengurangkan risiko pencemaran bahan-bahan larangan yang digunakan di ladang yang bersebelahan dengan perladangan organik; u    Jarak buffer bergantung kepada:            (a) kiranya ada tanaman pemisah atau penghadang atau tidak;            (b) perbandingan ketinggian lokasi ladang organik berbanding dengan ladang         konvensional yang berhampiran 

 KECERUNAN LADANG ORGANIKu    Ladang Organik Buah-Buahan            - penanaman di lereng bukit yang kecerunannya tidak > 20-25 darjah; u    Ladang Organik Sayur-Sayuran            - penanaman di lereng bukit yang kecerunannya tidak > 6 darjah  

PENJELASAN

u    PERLADANGAN ORGANIK TIDAK AKAN MENGGANTI PERLADANGAN KONVENSIONAL IA HANYALAH SATU ALTERNATIF KEPADA KAEDAH PERTANIAN YANG MENYEDARI CARA DAN FALSAFAH PERLADANGAN ORGANIK IA DIGELAR ’PERTANIAN MESRA ALAM’  

Leave a comment »

Persidangan Bioteknologi di Negeri Johor Darul Takzim

Kepada tuan/puan yang berminat dengan perladangan organik elok sangatlah jika dapat menghadiri majlis ini. ” BIOTECHNOLOGY BUSINESS & OPPORTUNITY “
Tarikh : 17 – 20 August 2007
Tempat : Persada International Convention Centre, Johor

Para panel yang akan menyampaikan maklumat bioteknologi hebat-hebat belaka. Prof. Teruo Higa (EM), CEO Malaysian Biotechnology Corporation Dato’ Iskandar Mizal Mahmood, MTDC, CEBAR dan ramai lagi. So untuk mendapatkan maklumat lanjut sila layari Bio Johor 2007

Tuan/Puan di jemput hadir.
Tn/Pn di galakkan memberi komen dan maklumat terkini bioteknologi pertanian di dalam blog ini setelah menghadiri persidangan tersebut.

Terima kassih..

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.